Menteri: YB Puan Yeo Bee Yin

Kementerian: Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

Topik: “Own It. Do It. Ace It.”

Tarikh : 3 September 2019 (Selasa)

Masa: 1.30 ptg – 4.30 ptg

Tempat: Auditorium, INTAN

 

 INTAN Ministerial Lecture Series (Public Policy) telah diperkenalkan sebagai salah satu pentas wacana perkongsian ilmu sejak tahun 2013 dan melibatkan menteri-menteri di peringkat persekutuan dan negeri. Objektif siri syarahan ini adalah untuk membentuk sinergi kukuh antara kerajaan dengan penjawat awam.

 

“Own It. Do It. Ace It.”

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Program Alam Sekitar (UNEP) memberi penekanan kepada usaha membantu negara-negara sedang membangun seperti Malaysia melaksanakan dasar kelestarian alam sekitar demi menggalakkan pembangunan mampan negara. Isu berkaitan alam sekitar yang sering dibangkitkan di peringkat PBB dan hangat diperkatakan di Malaysia pada masa ini adalah pemanasan global, perubahan cuaca, penebangan hutan, kehilangan kepelbagaian biologi serta pencemaran air dan udara.

 

Dalam hal ini, Malaysia telah menetapkan aspirasi untuk menjadi sebuah negara maju pada masa hadapan di mana keperluan tiga komponen utama pembangunan, iaitu kekayaan negara (ekonomi), kesejahteraan masyarakat (perpaduan dan keamanan) dan alam sekitar (keselamatan air dan udara bersih) akan dapat diimbangi sebaik mungkin. YB Menteri MESTECC akan membincangkan pendekatan MESTECC dalam menangani isu alam sekitar yang sedang melanda negara pada masa ini, serta inisiatif dalam menyokong pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara maju melalui penggubalan dasar dan perancangan pembangunan yang seimbang.

 

Aturcara

1.30 tengah hari  : **Pendaftaran Peserta

2.15 petang         : Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat

2.30 petang        : Ketibaan YB Puan Yeo Bee Yin Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

2.40 petang        : Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Malaysia Bersih

2.50 petang        : Sesi syarahan bersama-sama: YB Puan Yeo Bee Yin Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

3.50 petang        : Sesi Soal Jawab

4.20 petang        : Bersurai

 

*Kod Pakaian: Pakaian Pejabat

**Makan tengah hari tidak disediakan.