Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengadakan Pertandingan Akhir Gegar Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tahun 2019 Sempena Sambutan 60 Tahun INTAN pada 5 September 2019 (Khamis) pukul 2.30 petang di Auditorium, INTAN Bukit Kiara.

 

Penganjuran Pertandingan Gegar Pidato Piala KPPA merupakan salah satu inisiatif kebahasaan untuk memartabatkan bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Selain daripada itu, pertandingan ini menjadi satu medium bagi membina jati diri, mencungkil bakat berpidato dan meningkatkan penguasaan bahasa Kebangsaan dalam kalangan penjawat awam. Persaingan sihat antara penjawat awam dalam pertandingan pidato ini bakal menjana lontaran intelektual dan keupayaan diri yang akan meningkatkan daya saing dan memacu pembangunan kapasiti modal insan dalam Perkhidmatan Awam.

 

Pertandingan Akhir ini akan menampilkan seramai lima orang finalis pemidato akan bertanding dalam agenda inovasi kebahasaan ini dengan tema pidato iaitu Kegemilangan Ilmu Teras Keunggulan Bangsa.

5 SEPTEMBER 2019 (KHAMIS)  AUDITORIUM, INTAN BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR

 

MASA

ATURCARA

2.00 petang

Pendaftaran Peserta

Ketibaan Pemidato

Ketibaan Juri Pertandingan

2.30 petang

Pertandingan Akhir Gegar Pidato Piala KPPA 2019

3.40 petang

Ulasan Ketua Juri Pertandingan dan Kiraan Markah

3.50 petang

Penyampaian Sijil Penghargaan

4.15 petang

Minum Petang

 

 Bersurai