Research Colloquium 2019 (RC 2019) adalah program anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam pada 4 hingga 5 September 2019 di INTAN Bukit Kiara.

Objektif penganjuran RC 2019 ini adalah untuk mewujudkan satu wadah perkongsian kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh penjawat awam dalam program ijazah kedoktoran (Ph.D.) dan sarjana menerusi tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan lain-lain kemudahan penajaan JPA.

Sebanyak 60 kertas kajian akan dibentangkan mengikut lima tema utama iaitu Governan & Pentadbiran, Sains & Teknologi, Sains Sosial & Kemasyarakatan, Ekonomi & Kewangan dan Keselamatan & Antarabangsa.

 

Pembentangan kertas penyelidikan melalui RC 2019 akan memanfaatkan pegawai-pegawai yang terlibat dengan perancangan/pelaksanaan dasar serta pegawai-pegawai yang bercadang mengikuti program sarjana dan Ph.D. Selain itu, penganjuran RC 2019 juga diharapkan akan memangkin budaya penyelidikan dalam kalangan penjawat awam.

 

ATUR CARA

 

4 – 5 SEPTEMBER 2019 | INTAN BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR

 

Hari Pertama: 4 September 2019 (Rabu)

MASA

ATUR CARA

8.00 – 8.45 pagi

Pendaftaran peserta

9.00 – 9.45  pagi

Majlis Perasmian  Research Colloquium 2019

9.45 – 10.15  pagi

Minum pagi

10.15 – 12.30 tengah hari

Sesi Khas: Panduan Pelaksanaan Kajian Penyelidikan yang Efektif

oleh YBrs. Dr. Othman Talib, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Pendidikan,

Universiti Putra Malaysia

12.30 – 2.30  petang

Makan tengah hari / Rehat

2.30 – 4.30 petang

Tema 1:

Governan dan Pentadbiran

(Auditorium)

Tema 2:

Pengurusan Sains & Teknologi

(Bilik Zamrud)

Tema 3:

Ekonomi dan Kewangan

(Bilik Mutiara 2/3)

Tema 4:

Sains Sosial dan Kemasyarakatan

(Dewan Kasturi)

Tema 5:

Keselamatan  dan Antarabangsa

(Bilik Mutiara 4/5)

4.30 petang

Bersurai

 

 

 

Hari Kedua: 5 September 2019 (Khamis)

 

MASA

ATUR CARA

8.00 – 8.30 pagi

Pendaftaran peserta

8.30 – 10.30 pagi

Tema 1:

Governan dan Pentadbiran

Tema 2:

Pengurusan Sains & Teknologi

Tema 3:

Ekonomi dan Kewangan

Tema 4:

Sains Sosial dan Kemasyarakatan

Tema 5:

Keselamatan  dan Antarabangsa

10.30 – 11.00 pagi

Minum pagi

11.00 – 1.00 petang

Tema 1:

Governan dan Pentadbiran

Tema 2:

Pengurusan Sains & Teknologi

Tema 3:

Ekonomi dan Kewangan

Tema 4:

Sains Sosial dan Kemasyarakatan

Tema 5:

Keselamatan  dan Antarabangsa

1.00 petang

Makan tengah hari dan Bersurai